Saturday, 12 March 2016

We Chem 2015

We Chem berlangsung selama dua hari, dari 25 sehingga 26 April 2015. Murid-murid kelas 5A, 5B dan 5C telah membuat persediaan rapi sebelum program ini berlangsung. Setiap kumpulan mempersembahkan tajuk-tajuk kimia tingkatan 4 dengan kreativiti masing-masing. Antaranya, aktiviti amali atau eksperimen, persembahan video/powerpoint melalui komputer riba masing-masing. Selama 2 hari program berjalan di kedua-dua makmal kimia & makmal biologi, We Chem telah menerima kunjungan dari semua murid di SESERI. Turut bersama murid-murid SESERI pada 26 April 2015 ialah murid-murid dari ASIS.  Program ini telah menerima komen positif dari semua pengunjung terutamanya dapat mengulangkaji tajuk-tajuk kimia tingkatan 4  melalui aktiviti interaktif yang menarik. 

















Program Kolaborasi ASISESERI 2015


Pada 26 April 2016, program kolabolasi Kimia ASISESERI telah berlangsung dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Fokus program ini ialah tajuk Carbon Compounds & Manufactured Substances in Industry yang dikendalikan oleh guru kimia dari kedua-dua buah sekolah. Bengkel Carbon Compounds telah dibimbing oleh Pn Zuraidah dari ASIS manakala Bengkel Manufactured Subsances telah dibimbing oleh Pn Khor Swee Moi dari SESERI.

Jadual pelaksanaan program

Murid-murid saling bertukar pendapat dalam perbincangan kumpulan

Perbincangan murid-murid SESERI dan ASIS dalam bengkel
Pembentangan murid 
Suasana perjalanan bengkel dalam dewan ASIS

Perbincangan rancak antara ahli-ahli kumpulan
Murid-murid bekerjasama menjalankan aktiviti amali 
Ahli kumpulan dalam menjalankan aktiviti amali dalam makmal kimia ASIS

Perkampungan Intelek 2015

Pada 11 Julai 2015, Perkampungan Intelek 2015 bagi subjek kimia telah dijalankan di Dewan Gemala Puteri. Panitia Kimia SESERI bertuah dapat bersama guru kimia yang berpengalam dari SBPI Gombak, Pn Nor Hashimah bt Ali Musa sepanjang pagi program ini berjalan. Beliau telah berkongsi pelbagai tips belajar dan cara menjawab soalan-soalan berkaitan dengan acid, bases & salts.  Murid-murid SESERI sangat fokus mengikut program ini disebabkan personaliti Pn Norhashimah  yang penuh semangat dan kata-kata hikmah yang memotivasikan. 




Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah oleh Ketua Panitia Kimia. 


Sehari Bersama Murid SESERI di Petrosains

Pada 18 Februari 2016, semua murid tingkatan 4 bersama 3 orang guru kaunseling, Pn Siti Fatimah Noor dan Pn Khor melawat Petrosains, KLCC. Murid-murid tingkatan 4 didapati meneroka pelbagai aktiviti yang disediakan dalam Petrosains dan mempelajari pelbagai pengetahuan baru dengan seronok. Diharapkan program ini dapat berjaya memupuk minat murid-murid dalam meneroka bidang sains semasa 2 tahun pembelajaran di SESERI kelak. 

Kem Pecutan Kimia SPM 2015 di Ulu Sepri, Negeri Sembilan


Kem Pecutan SPM bagi subjek kimia anjuran SBP Zon Tengah berlangsung di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan pada 28 Julai 2015.  Fokus murid-murid ini dari SSP, ASIS, KISAS, SMSS dan SESERI.  Guru-guru kimia dari sekolah-sekolah ini telah bertindak sebagai fasilitator sepanjang pagi program ini berjalan. Diharapkan murid-murid dapat lebih berkeyakinan tinggi dalam subjek kimia melalui interaksi pelbagai hala bersama-sama rakan-rakan sebaya dari sekolah berbeza.

Lawatan SESERI ke Agensi Nuklear Malaysia 2013





         Pada 6 Mac 2013 kami wakil daripada kelas 5 Bakerara telah menyertai lawatan sambil belajar ke Agensi Nuklear Malaysia di Bangi bersama 35 orang rakan dari kelas-kelas lain diiringi oleh dua orang guru mata pelajaran kimia iaitu Puan Khor Swee Moi  dan  Cik Wan Eliza.

         Kami bertolak dari sekolah dengan menaiki bas  pada jam 12.30 tengah hari  dan tiba pada jam 1.40 petang. Program bermula tepat pada jam 2.00 petang. Program pertama kami ialah pengenalan mengenai  sains dan teknologi nuklear oleh Encik Abdul Halim. Menerusi slot pengenalan ini, kami telah didedahkan kepada pelbagai pengetahuan tentang nuklear dan bahan radioaktif. Kami juga diberikan pendedahan mengenai keselamatan dan perlindungan untuk menghadapi sinaran serta bahan radioaktif seperti alpha, beta, gamma, sinar-X dan neutron.

          Kami dimaklumkan bahawa setiap individu dan pekerja yang akan menghadapi sinaran radioaktif atau melawat reaktor perlu mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai poket dosimeter, cincin TLD yang mengandungi filem dan lencana TLD yang berfungsi untuk mengukur kadar sinaran yang telah menembusi badan mereka. Setiap pekerja hanya dibenarkan terdedah kepada 20 milisivard sinaran untuk setahun manakala bagi orang awam, mereka hanya boleh menerima sinaran sebanyak 1 milisivard sahaja. Langkah-langkah ini diambil bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa terjamin dan tidak menerima kesan buruk daripada sinaran tersebut. Kesan daripada terkena sinaran ini secara berlebihan terbahagi kepada dua iaitu genetik dan somatik.

        Kami diterangkan tentang prinsip perlindungan sinaran iaitu JARAK, PERISAI dan TEMPOH MASA. Ketiga-tiga prinsip ini perlu dipatuhi untuk melindungi diri kita  agar tidak terdedah kepada sinaran radioaktif secara berlebihan.  Selepas sesi taklimat selesai, kami diberi peluang untuk mengajukan beberapa soalan.

        Selepas itu, kami telah bertolak ke bengkel MINTec – Sinagama. Kami telah disambut baik oleh salah seorang pegawai di sana.  Kami telah diberi taklimat tentang cara-cara sterilasi dan nyah-kontiminasi beberapa jenis barangan dan makanan seperti sarung tangan getah yang digunakan dalam bidang perubatan dan makanan seperti lada hitam, herba, beras dan buah-buahan yang akan dieksport atau dikomersialkan ke luar negara.  Kadar sinaran yang dipancarkan  mengikut jenis barangan dan makanan. Sebagai contoh,kadar pancaran untuk teh, maksimumnya ialah 10 kilogray dan durian ialah pada tahap 3 hingga 5 kilogray. Sinaran ini dikenali sebagai sinaran gamma yang hanya dikeluarkan oleh kobalt-60. Di bumi Malaysi hanya tedapat kobalt-59. Jadi kobalt ini akan dihantar ke Kanada dan Australia untuk dipancarkan menjadi kobalt-60. Manakala Uranium-238 akan diimport dari Negara Amerika Syarikat. Setelah itu Uranium-238 dikayakan sehingga 20 peratus untuk menghasilkan Uranium-235.

   Kegunaan tenaga nuklear terbahagi kepada dua iaitu elektrik dan bukan elektrik. Setakat ini Malaysia menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber bukan elektrik yang digunakan dalam sektor industri, perubatan,pertanian, pembuatan dan alam sekitar. Mengikut perancangan Malaysia hanya akan menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber elektrik menjelang tahun antara 2021 hingga 2024. Negara kita tidak akan menggunakan tenaga untuk menghasilkan senjata seperti Iran dan Jepun. Hal ini kerana, visi Agensi Nuklear Malaysia ialah sains dan teknologi nuclear untuk penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan negara.

         Antara  inovasi yang telah dicipta melalui kaedah nuclear ini antaranya ialah hydrogel yang membantu dalam bidang perubatan,biobahan,lateks getah tervulkan dengan sinaran  sebagainya.

       Sebelum pulang ke bumi Seseri, kami telah mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Tepat pada jam 6 petang, kami telah tiba di perkarangan sekolah.

       Lawatan ini telah berjaya membuka mata hati dan minda kami untuk lebih mendalami ilmu kimia. Harapan kami agar lawatan seperti ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan. Diharapkan agar pihak sekolah dapat mengadakan lawatan ke tempat yang  lebih menarik minat para pelajar kelak.

Laporan disediakan oleh murid kelas 5 Bakerara

Anis Elyana binti Mohd Saidi
Aireena Yasmin binti Adeli
Mahani binti Roslan     
Nuraini Shuhada binti Abdul Halim Shah
Safiyah binti Sulaiman

Tuesday, 12 November 2013

Keputusan Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2013










Tahniah semua pemenang Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2013

Sijil Cemerlang

  1. Nurul Amira binti Mohd Saleh 

Sijil Kepujian

  1. Nurul Athirah binti Ahamad Kamal 
  2. Wan Nur Husnul Khatimah binti Wan Mansor
  3. Mahani binti Roslan 
  4. Mas Liyana binti Nasrah

Sijil Merit

  1. Nanthini a/p Mageswaran  
  2. Safiyah binti Sulaiman
  3. Siti Aishah binti Mohd Khairi
  4. Afiqah Abdullah
  5. Fatini binti Abd Rahman
  6. Sakinah binti Hamuddin
  7. Yew Hui Chuin
  8. Aisyah bintti Mohd Habib
  9. Hazirah binti Mior Othman
  10. Nurameera Nadia binti Khairil Azhar
  11. Nurina binti Jamilee
  12. Syahira Syazreen binti Zainal Abidin