Tuesday 26 July 2016

Program Smart Sharing 2016

Pada 16 Julai 2016, 36 orang murid-murid SESERI bersama 2 orang kimia telah mengikuti Program Smart Sharing dengan Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Fokus tajuk perbincangan ialah soalan-soalan struktur kertas 2. Program ini berlangsung seawal 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Program Smart Sharing di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Alam Shah

Perbincangan kumpulan untuk soalan yang ditugaskan
Pembentangn hasil perbincangan kumpulan 
Bimbingan Cik Wan Eliza terhadap pertanyaan murid

Ulasan Pn Khor terhadap jawapan kumpulan dengan penekanan aplikasi konsep yang tepat

Murid-muri & guru kimia depan logo ASIS sebelum berangkat pulang

Terima kasih atas jemputan ASIS untuk menyertai Program Smart Sharing

Program Pecutan SBP Zon Tengah 2016

25 orang Murid-murid SESERI telah mengikuti Program Pecutan SBP Zon Tengah 2016 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Kolej Tun Dr Ismail dari 22 - 24 Julai 2016. Program ini turut disertai oleh murid-murid ASIS, SAS, SSP & BASIS.  Murid-murid dari sekolah yang berbeza berkampung selama 3 hari 2 malam bagi mempertingkatkan penguasaan mata pelajaran  elektif, Fizik, Biologi, Matematik Tambahan & Kimia.   Cik Wan Eliza & Pn Khor telah hadir bersama sebagai fasilitator pada slot terakhir program tersebut. 

Murid-murid & guru kimia SESERI bersama pengetua ASIS, pengetua kolej Tun Dr Ismail UPM selepas majlis penutup

Semasa Majis Penutup dengan murid-murid SSP, ASIS, SAS, BASIS
Cik Wan Eliza sebagai fasilitator kumpulan membimbing murid-murid tips belajar kimia
Pembentangan murid SESERI kepada ahli kumpulan yang terdiri dari murid sekolah yang berbeza

Setiap murid berpeluang berkongsi hasil penyelesaian dengan bimbingan guru yang bertindak sebagai fasilitator

Murid-murid aktif bertanya dalam aktiviti kumpulan
  
Murid-murid bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberi