Tuesday 26 July 2016

Program Smart Sharing 2016

Pada 16 Julai 2016, 36 orang murid-murid SESERI bersama 2 orang kimia telah mengikuti Program Smart Sharing dengan Sekolah Menengah Sains Alam Shah. Fokus tajuk perbincangan ialah soalan-soalan struktur kertas 2. Program ini berlangsung seawal 8.00 pagi sehingga 11.30 pagi.

Program Smart Sharing di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Alam Shah

Perbincangan kumpulan untuk soalan yang ditugaskan
Pembentangn hasil perbincangan kumpulan 
Bimbingan Cik Wan Eliza terhadap pertanyaan murid

Ulasan Pn Khor terhadap jawapan kumpulan dengan penekanan aplikasi konsep yang tepat

Murid-muri & guru kimia depan logo ASIS sebelum berangkat pulang

Terima kasih atas jemputan ASIS untuk menyertai Program Smart Sharing

Program Pecutan SBP Zon Tengah 2016

25 orang Murid-murid SESERI telah mengikuti Program Pecutan SBP Zon Tengah 2016 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Kolej Tun Dr Ismail dari 22 - 24 Julai 2016. Program ini turut disertai oleh murid-murid ASIS, SAS, SSP & BASIS.  Murid-murid dari sekolah yang berbeza berkampung selama 3 hari 2 malam bagi mempertingkatkan penguasaan mata pelajaran  elektif, Fizik, Biologi, Matematik Tambahan & Kimia.   Cik Wan Eliza & Pn Khor telah hadir bersama sebagai fasilitator pada slot terakhir program tersebut. 

Murid-murid & guru kimia SESERI bersama pengetua ASIS, pengetua kolej Tun Dr Ismail UPM selepas majlis penutup

Semasa Majis Penutup dengan murid-murid SSP, ASIS, SAS, BASIS
Cik Wan Eliza sebagai fasilitator kumpulan membimbing murid-murid tips belajar kimia
Pembentangan murid SESERI kepada ahli kumpulan yang terdiri dari murid sekolah yang berbeza

Setiap murid berpeluang berkongsi hasil penyelesaian dengan bimbingan guru yang bertindak sebagai fasilitator

Murid-murid aktif bertanya dalam aktiviti kumpulan
  
Murid-murid bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberi 

Saturday 19 March 2016

Program Sentuhan Bestari 2014

Program Sentuhan Bestari (Smart Partnership) merupakan program jaringan antara panitia kimia Maktab Tentera Diraja, SMK Seri Bintang Utara pada 24 September 2014.


Sesi fotografi semua peserta bersama Penolong Kanan MTD, Fasilitator Pn Lee Saw Im, Guru Cemerlang Kimia SMK Seri Bintang Utara, Fasilitator Guru Cemerlang Kimia SMS Seri Puteri, Pn Khor Swee Moi. Turut bersama guru-guru kimia dari MTD, SBU dan SESERI sepanjang program dijalankan.

Perbincangan antara semua peserta cara menjawab soalan kimia berbentuk SPM semasa program dijalankan.

Pertukaran cenderamata antara Guru Cemerlang Kimia SMK Seri Bintang Utara Pn Lee Saw Im dan Pn Khor Swee Moi, Guru Cemerlang Kimia, SMS Seri Puteri

Saturday 12 March 2016

Kem Pemantapan Guru Muda Kimia Tahun 2014

Pada 21-23 March 2014 seramai 40 orang pelajar SMS Seri Puteri telah menyertai Program Pemantapan Guru Muda Kimia 2014 di SBPI Rawang.  Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari SBPI Rawang, SMS Seri Puteri, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Persekutuan Kajang, Selangor dan Sek. Men. Kebangsaan Agama Simpang 5, Sabak Bernam, Selangor. 4 orang guru cemerlang kimia dari sekolah-sekolah yang terlibat telah bertindak sebagai fasilitator sepanjang masa program ini dijalankan.  

Sesi fotografi bersama murid-murid seseri bersama guru pengiring, Pn Khor

Bengkel Teknik Menjawab Soalan dikendalikan oleh Pn Khor Swee Moi

Perkongsian cara mengingat tajuk salts oleh pelajar ASIS

Sesi fotografi murid & guru dari SMKA Simpang Lima, Sabak Bernam

Sesi fotografi peserta dan guru SEPINTAR

Penyampaian cenderamata oleh pengetua SEPINTAR, Tn Hj Addenan Osman

Perkampungan Intelek Tingkatan 5 Tahun 2016

Perkampungan Intelek Tingkatan 5 telah dijalankan pada 1 March 2016. Program ini turut disertai oleh 10 orang murid dari SMK Seri Bintang Utara. Fokus program ini ialah tajuk Acid, Bases & Salts.  16 orang fasilitator telah memainkan peranan aktif dalam perbincangan kumpulan & gallery walk yang dijalankan semasa program ini. Murid-murid telah terlibat dengan sangat aktif dalam perbincangan kumpulan. Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada semua murid yang terlibat.

Perbincangan bersama guru kimia Pn Khor Swee Moi
Pertukaran pendapat antara murid SESERI & SMK SBU.

Perbincangan & penyediaan hasil perbincangan dengan menggunakan kertas yang dibekalkan

Gallery walk bersama fasilitator kumpulan ke stesen kumpulan yang lain

Perbincangan aktif diketua oleh fasilitator

Ulasan dari guru kimia dari SMK SBU semasa gallery walk.

Fasilitator dengan penuh keyakinan berkongsi di kalangan ahli kumpulan 

Perbincangan fasilitator pada 27/2/2016 sebagai persediaan perkampungan intelek. 

Pembentangan hasil perbincangan faisilitator semasa perjumpaan bersama Pn Khor Swee Moi.

Perkampungan Intelek Tingkatan 4 Tahun 2015

Penceramah jemputan membimbing murid-murid semasa perkampungan intelek berjalan. 

En Imran berkongsi dengan murid-murid tingkatan 4 cara-cara untuk menulis formula kimia yang betul.

Penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan En Imran oleh Cik Wan Eliza, Ketua Panitia Kimia

Kem Kecemerlangan Jaringan Kimia di SEPINTAR 2015

Program Kolaborasi antara Panitia Kimia dari SEPINTAR, SSP, SMS Setiu, SMK Raja (P) Taayah, SMKA Sabak Bernam dan SESERI telah berlangsung selama 3 hari. Sepanjang program ini murid-murid dari sekolah-sekolah yang terlibat telah bekerjasama dalam kumpulan melalui pelbagai aktiviti menarik yang dikendalikan oleh guru kimia cemerlang dan fasilitator dari bekas pelajar SEPINTAR