Saturday, 12 March 2016
Kem Kecemerlangan Jaringan Kimia di SEPINTAR 2015
Program Kolaborasi antara Panitia Kimia dari SEPINTAR, SSP, SMS Setiu, SMK Raja (P) Taayah, SMKA Sabak Bernam dan SESERI telah berlangsung selama 3 hari. Sepanjang program ini murid-murid dari sekolah-sekolah yang terlibat telah bekerjasama dalam kumpulan melalui pelbagai aktiviti menarik yang dikendalikan oleh guru kimia cemerlang dan fasilitator dari bekas pelajar SEPINTAR
We Chem 2015
We Chem berlangsung selama dua hari, dari 25 sehingga 26 April 2015. Murid-murid kelas 5A, 5B dan 5C telah membuat persediaan rapi sebelum program ini berlangsung. Setiap kumpulan mempersembahkan tajuk-tajuk kimia tingkatan 4 dengan kreativiti masing-masing. Antaranya, aktiviti amali atau eksperimen, persembahan video/powerpoint melalui komputer riba masing-masing. Selama 2 hari program berjalan di kedua-dua makmal kimia & makmal biologi, We Chem telah menerima kunjungan dari semua murid di SESERI. Turut bersama murid-murid SESERI pada 26 April 2015 ialah murid-murid dari ASIS. Program ini telah menerima komen positif dari semua pengunjung terutamanya dapat mengulangkaji tajuk-tajuk kimia tingkatan 4 melalui aktiviti interaktif yang menarik.
Program Kolaborasi ASISESERI 2015
Pada 26 April 2016, program kolabolasi Kimia ASISESERI telah berlangsung dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Fokus program ini ialah tajuk Carbon Compounds & Manufactured Substances in Industry yang dikendalikan oleh guru kimia dari kedua-dua buah sekolah. Bengkel Carbon Compounds telah dibimbing oleh Pn Zuraidah dari ASIS manakala Bengkel Manufactured Subsances telah dibimbing oleh Pn Khor Swee Moi dari SESERI.
![]() |
| Jadual pelaksanaan program |
![]() |
| Murid-murid saling bertukar pendapat dalam perbincangan kumpulan |
![]() |
| Perbincangan murid-murid SESERI dan ASIS dalam bengkel |
![]() |
| Pembentangan murid |
![]() |
| Suasana perjalanan bengkel dalam dewan ASIS |
![]() |
| Perbincangan rancak antara ahli-ahli kumpulan |
![]() |
| Murid-murid bekerjasama menjalankan aktiviti amali |
![]() |
| Ahli kumpulan dalam menjalankan aktiviti amali dalam makmal kimia ASIS |
Perkampungan Intelek 2015
Pada 11 Julai 2015, Perkampungan Intelek 2015 bagi subjek kimia telah dijalankan di Dewan Gemala Puteri. Panitia Kimia SESERI bertuah dapat bersama guru kimia yang berpengalam dari SBPI Gombak, Pn Nor Hashimah bt Ali Musa sepanjang pagi program ini berjalan. Beliau telah berkongsi pelbagai tips belajar dan cara menjawab soalan-soalan berkaitan dengan acid, bases & salts. Murid-murid SESERI sangat fokus mengikut program ini disebabkan personaliti Pn Norhashimah yang penuh semangat dan kata-kata hikmah yang memotivasikan.
Penyampaian sijil penghargaan kepada penceramah oleh Ketua Panitia Kimia.
Sehari Bersama Murid SESERI di Petrosains
Pada 18 Februari 2016, semua murid tingkatan 4 bersama 3 orang guru kaunseling, Pn Siti Fatimah Noor dan Pn Khor melawat Petrosains, KLCC. Murid-murid tingkatan 4 didapati meneroka pelbagai aktiviti yang disediakan dalam Petrosains dan mempelajari pelbagai pengetahuan baru dengan seronok. Diharapkan program ini dapat berjaya memupuk minat murid-murid dalam meneroka bidang sains semasa 2 tahun pembelajaran di SESERI kelak.
Kem Pecutan Kimia SPM 2015 di Ulu Sepri, Negeri Sembilan
Kem Pecutan SPM bagi subjek kimia anjuran SBP Zon Tengah berlangsung di Kem Bina Negara Ulu Sepri, Negeri Sembilan pada 28 Julai 2015. Fokus murid-murid ini dari SSP, ASIS, KISAS, SMSS dan SESERI. Guru-guru kimia dari sekolah-sekolah ini telah bertindak sebagai fasilitator sepanjang pagi program ini berjalan. Diharapkan murid-murid dapat lebih berkeyakinan tinggi dalam subjek kimia melalui interaksi pelbagai hala bersama-sama rakan-rakan sebaya dari sekolah berbeza.
Lawatan SESERI ke Agensi Nuklear Malaysia 2013
Pada 6 Mac 2013 kami wakil daripada kelas 5 Bakerara telah
menyertai lawatan sambil belajar ke Agensi Nuklear Malaysia di Bangi bersama 35
orang rakan dari kelas-kelas lain diiringi oleh dua orang guru mata pelajaran
kimia iaitu Puan Khor Swee Moi dan Cik Wan Eliza.
Kami bertolak dari sekolah dengan menaiki bas pada jam 12.30 tengah hari dan tiba pada jam 1.40 petang. Program
bermula tepat pada jam 2.00 petang. Program pertama kami ialah pengenalan
mengenai sains dan teknologi nuklear oleh
Encik Abdul Halim. Menerusi slot pengenalan ini, kami telah didedahkan kepada
pelbagai pengetahuan tentang nuklear dan bahan radioaktif. Kami juga diberikan
pendedahan mengenai keselamatan dan perlindungan untuk menghadapi sinaran serta
bahan radioaktif seperti alpha, beta, gamma, sinar-X dan neutron.
Kami dimaklumkan bahawa setiap individu dan pekerja yang akan menghadapi
sinaran radioaktif atau melawat reaktor perlu mengambil langkah-langkah
keselamatan seperti memakai poket dosimeter, cincin TLD yang mengandungi filem
dan lencana TLD yang berfungsi untuk mengukur kadar sinaran yang telah
menembusi badan mereka. Setiap pekerja hanya dibenarkan terdedah kepada 20
milisivard sinaran untuk setahun manakala bagi orang awam, mereka hanya boleh
menerima sinaran sebanyak 1 milisivard sahaja. Langkah-langkah ini diambil bagi
memastikan kesihatan mereka sentiasa terjamin dan tidak menerima kesan buruk
daripada sinaran tersebut. Kesan daripada terkena sinaran ini secara berlebihan
terbahagi kepada dua iaitu genetik dan somatik.
Kami diterangkan tentang prinsip perlindungan sinaran iaitu JARAK,
PERISAI dan TEMPOH MASA. Ketiga-tiga prinsip ini perlu dipatuhi untuk
melindungi diri kita agar tidak terdedah
kepada sinaran radioaktif secara berlebihan.
Selepas sesi taklimat selesai, kami diberi peluang untuk mengajukan
beberapa soalan.
Selepas itu, kami telah bertolak ke bengkel MINTec – Sinagama. Kami
telah disambut baik oleh salah seorang pegawai di sana. Kami telah diberi taklimat tentang cara-cara
sterilasi dan nyah-kontiminasi beberapa jenis barangan dan makanan seperti
sarung tangan getah yang digunakan dalam bidang perubatan dan makanan seperti
lada hitam, herba, beras dan buah-buahan yang akan dieksport atau
dikomersialkan ke luar negara. Kadar
sinaran yang dipancarkan mengikut jenis
barangan dan makanan. Sebagai contoh,kadar pancaran untuk teh, maksimumnya
ialah 10 kilogray dan durian ialah pada tahap 3 hingga 5 kilogray. Sinaran ini
dikenali sebagai sinaran gamma yang hanya dikeluarkan oleh kobalt-60. Di bumi
Malaysi hanya tedapat kobalt-59. Jadi kobalt ini akan dihantar ke Kanada dan
Australia untuk dipancarkan menjadi kobalt-60. Manakala Uranium-238 akan
diimport dari Negara Amerika Syarikat. Setelah itu Uranium-238 dikayakan sehingga
20 peratus untuk menghasilkan Uranium-235.
Kegunaan tenaga nuklear terbahagi kepada dua iaitu elektrik dan bukan
elektrik. Setakat ini Malaysia menggunakan tenaga nuklear sebagai sumber bukan
elektrik yang digunakan dalam sektor industri, perubatan,pertanian, pembuatan
dan alam sekitar. Mengikut perancangan Malaysia hanya akan menggunakan tenaga nuklear
sebagai sumber elektrik menjelang tahun antara 2021 hingga 2024. Negara kita
tidak akan menggunakan tenaga untuk menghasilkan senjata seperti Iran dan
Jepun. Hal ini kerana, visi Agensi Nuklear Malaysia ialah sains dan teknologi
nuclear untuk penjanaan ilmu, kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat dan
negara.
Antara inovasi yang telah dicipta
melalui kaedah nuclear ini antaranya ialah hydrogel yang membantu dalam bidang
perubatan,biobahan,lateks getah tervulkan dengan sinaran sebagainya.
Sebelum pulang ke bumi Seseri, kami telah mengambil kesempatan untuk
mengambil gambar kenang-kenangan bersama guru dan rakan-rakan yang lain. Tepat
pada jam 6 petang, kami telah tiba di perkarangan sekolah.
Lawatan ini telah berjaya membuka mata hati dan minda kami untuk lebih
mendalami ilmu kimia. Harapan kami agar lawatan seperti ini akan terus
dianjurkan pada masa hadapan. Diharapkan agar pihak sekolah dapat mengadakan
lawatan ke tempat yang lebih menarik
minat para pelajar kelak.
Laporan disediakan oleh murid kelas 5 Bakerara
Anis
Elyana binti Mohd Saidi
Aireena Yasmin binti Adeli
Mahani binti Roslan
Nuraini Shuhada binti Abdul Halim Shah
Safiyah binti Sulaiman
Aireena Yasmin binti Adeli
Mahani binti Roslan
Nuraini Shuhada binti Abdul Halim Shah
Safiyah binti Sulaiman
Subscribe to:
Posts (Atom)




































